fb fb fb fb fb

Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 April- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat mendapat rangsangan daripada kenaikan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang kukuh.

Seorang peniaga berkata ringgit yang lemah berbanding dolar AS juga meningkatkan sentimen pasaran.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Jumaat, didorong oleh harga minyak yang kukuh, namun penurunan mingguan dijangka berlaku di tengah-tengah hasil yang lebih tinggi di rantau pengeluar getah, stok yang besar di negara pengguna utama di China dan permintaan rendah terhadap produk akhir.

"Harga minyak melonjak hari ini ekoran laporan serangan peluru berpandu Zionis Israel ke atas Iran, mencetuskan kebimbangan bekalan minyak Timur Tengah mungkin terjejas,” kata peniaga itu kepada Bernama.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Standard Malaysia 20 (SMR 20) naik tujuh sen kepada 772 sen sekilogram manakala harga susu getah pukal menokok 2.5 sen kepada 737.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 770.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 732 sen sekilogram. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI