fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di niaga hadapan emas Comex Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh berikutan jangkaan penurunan kadar faedah di AS.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2024 meningkat kepada US$2,164.80 setiap auns troy daripada US$2,137.00 setiap auns troy pada semalam.

Kontrak bagi April 2024, Mei 2024, Jun 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,175.10 setiap auns troy berbanding US$2,147.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 27 lot daripada 38 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 49 kontrak daripada 64 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 6 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2,142.85 setiap auns troy. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI