fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 Januari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan pergerakan niaga hadapan emas di COMEX Amerika Syarikat.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2024 meningkat kepada US$2,031.20 setiap auns troy daripada US$2,021.60 setiap auns troy pada Jumaat lepas dan Februari 2024 naik kepada US$2,041.60 setiap auns troy daripada US$2,032.00 setiap auns troy.

Kontrak bagi Mac 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya naik kepada US$2,051.30 setiap auns troy daripada US$2,041.70 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 18 lot daripada 68 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 89 kontrak daripada 137 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 26 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,018.45 setiap auns troy.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE