fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini apabila para peniaga pasaran kewangan mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ini, kata seorang peniaga.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 ditutup rendah sedikit kepada US$2,346.5 setiap auns troy daripada US$2,348.0 setiap auns troy pada Isnin.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya turun kepada US$2,357.3 setiap auns troy daripada US$2,358.5 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 17 lot daripada lima lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka menokok kepada 49 kontrak daripada 36 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 24 Mei, harga emas fizikal berada pada US$2,342.70 setiap auns troy. 27 Mei adalah hari cuti umum di United Kingdom. - BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE