fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 21 Mei- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa dalam keadaan kenaikan semula dolar AS, menjadikan jongkong kurang menarik bagi pemegang mata wang yang lain, kata penganalisis.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa Mei 2024 susut kepada US$2,423.10 setiap auns troy daripada US$2,450.40 setiap auns troy ketika ditutup semalam.

Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing ditutup rendah pada US$2,433.50 setiap auns troy berbanding US$2,461.20 pada Isnin.

Jumlah dagangan meningkat kepada 57 lot daripada 43 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka menokok kepada 88 kontrak daripada 81 kontrak.

Menurut Persatuan Pasaran Jongkong London, harga emas fizikal berada pada US$2,420.30 setiap auns troy berdasarkan penetapan petang pada 20 Mei.-BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE