fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup rendah pada Khamis seiring dengan prestasi lemah niaga hadapan emas di COMEX Amerika Syarikat (AS) / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 April - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup rendah pada Khamis seiring dengan prestasi lemah niaga hadapan emas di COMEX Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2024 merosot kepada AS$2,383.90 setiap auns troy daripada paras penutup AS$2,390.30 pada Rabu manakala Mei 2024 turun kepada AS$2,399.60 daripada AS$2,406.10 setiap auns troy.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup rendah kepada AS$2,404.80 setiap auns troy daripada AS$2,411.30.

Jumlah dagangan meningkat kepada 50 lot daripada 19 lot manakala kepentingan terbuka naik kepada 77 kontrak daripada 53 kontrak pada Rabu.

Menurut London Bullion Market Association pada 17 April, harga emas fizikal berada pada AS$2,390.35 setiap auns troy.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN