fb fb fb fb fb

MIHAS bakal dianjur buat kali pertama di Dubai

MIHAS 2024 akan diadakan pada 17 hingga 20 September di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)

KUALA LUMPUR, 18 April - Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) buat pertama kali akan dianjurkan ke persada antarabangsa dengan memilih Dubai sebagai destinasi pertama penganjurannya.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia( MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia merupakan langkah tepat untuk melebarkan sayap memperkenalkan industri halal di mata dunia.

Katanya, selepas 20 tahun MIHAS dianjurkan di dalam negara, sudah tiba masanya untuk penganjuran pameran itu dikembangkan ke peringkat antarabangsa.

"Ini sejajar dengan visi kami yang lebih luas untuk memupuk perkongsian antarabangsa dan mempromosikan produk Malaysia kepada khalayak yang lebih luas.

"Dengan berkembang ke wilayah ini, kami berusaha untuk mencipta peluang baharu untuk perdagangan dan kerjasama, melonjakkan MIHAS ke tahap pencapaian yang belum pernah berlaku sebelum ini

"Kami sedang memikirkan pelan pengembangan kami di luar Dubai. Tumpuan kami adalah untuk meneroka peluang untuk memperkenalkan MIHAS kepada pasaran penting seperti China dan Eropah," katanya pada majlis prapelancaran MIHAS 2024 di sini, hari ini.

Sebanyak 14 kluster baru yang akan diperkenalkan pada edisi ke-20 ini, termasuk kluster kelestarian iaitu kesedaran untuk syarikat-syarikat dalam industri halal negara menghadapi cabaran perdagangan dunia ketika ini.

MIHAS 2024 akan diadakan pada 17 hingga 20 September di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), dua bulan sebelum pameran diadakan di Dubai.

GRACE AISYAH KEDAYAN