fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 April - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki niaga hadapan emas Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) yang mereda buat seketika di tengah-tengah peningkatan dolar Amerika Syarikat (AS) yang disokong oleh kenyataan pegawai Rizab Persekutuan AS yang cenderung meningkatkan kadar faedah.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta April 2024 turun kepada US$2,297.10 setiap auns troy daripada US$2,303.30 setiap auns troy semasa ditutup semalam manakala Mei 2024 susut kepada US$2,312.90 daripada US$2,319.10 sebelum ini.

Kontrak Jun 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup rendah pada US$2,318.60 setiap auns troy daripada US$2,324.80.

Jumlah dagangan meningkat kepada 40 lot daripada 29 lot manakala kepentingan terbuka naik kepada 75 kontrak berbanding 65 pada Khamis.

Mengikut Persatuan Pasaran Jongkong London pada penetapan 4 April, harga emas fizikal berada pada US$2,293.50 setiap auns troy. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI