fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kekurangan permintaan sejajar dengan prestasi lemah di pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) semalaman.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2024 turun kepada US$1,995.60 setiap auns troy daripada US$2,031.90 setiap auns troy pada Selasa, manakala Mac 2024 susut kepada US$2,005.50 setiap auns troy daripada US$2,041.80 setiap auns troy.

Kontrak bagi April 2024, Mei 2024, Jun 2024 dan Ogos 2024 semuanya ditutup rendah kepada US$2,014.00 setiap auns troy berbanding US$2,051.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan naik kepada 53 lot berbanding 15 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 148 kontrak daripada 99 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 13 Feb, harga emas fizikal berada pada US$1,996.10 setiap auns troy.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE