fb fb fb fb fb

MPOB bangunkan 714 teknologi baharu industri sawit

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Sejumlah 714 teknologi berjaya dibangunkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia; MPOB merangkumi semua sektor dalam industri sawit.

Daripada jumlah itu, 233 teknologi telah dikomersialkan serta diguna pakai industri dan usahawan tempatan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pengkomersilan teknologi ini harus melibatkan sektor swasta.

Syarikat swasta seperti FGV Holdings Bhd dan Sime Darby boleh memainkan peranan dalam memperhalusi teknologi selain melaksanakan ujian percubaan dengan kerjasama MPOB.

Beliau yang melawat pusat penyelidikan dan pembangunan MPOB menjelaskan, teknologi menghasilkan formulasi makanan seperti analog keju mozzarella berasaskan sawit, antara produk yang berpotensi besar untuk diketengahkan.

Manakala, teknologi formulasi pelet makanan lembu pedaging, diharap mengurangkan import makanan haiwan sehingga 10 peratus dan membolehkan negara mengeksport produk tersebut.

Teknologi yang menggunakan produk sawit menawarkan alternatif kepada bahan mentah dan dapat mengurangkan kos pengeluaran makanan haiwan yang tinggi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE