fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Februari - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah niaga hadapan emas COMEX Amerika Syarikat (AS) semalaman.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2024 turun kepada US$2,038.30 setiap auns troy daripada US$2,043.30 setiap auns troy pada Rabu, manakala Mac 2024 merosot kepada US$2,048.20 setiap auns troy daripada US$2,053.20 setiap auns troy.

Kontrak bagi April 2024, Mei 2024, Jun 2024 dan Ogos 2024 semuanya turun kepada US$2,055.70 setiap auns troy berbanding US$2,060.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 21 lot daripada 12 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 103 kontrak daripada 96 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 7 Feb, harga emas fizikal berada pada US$2,041.60 setiap auns troy. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF