fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Februari - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM30.65 bilion daripada RM33.15 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM22.54 bilion daripada RM22.89 bilion.

Awal hari ini, bank pusat menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard, dua tender repo berbalik dan tender Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

BNM turut menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM22.0 bilion kepada RM22.50 bilion.

Pada 4 petang, ia menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM30.60 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM22.50 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 7 Februari. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF