KUALA LUMPUR, 8 Februari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM33.15 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.89 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari.
BNM akan turut menjalankan dua tender Qard, iaitu tender bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan tender bernilai RM400 juta untuk 14 hari serta dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk 29 hari dan 90 hari.
Ia akan turut mengeluarkan tender Bil Antara Bank Bank Negara bernilai RM2.50 bilion untuk 21 hari pada 13 Februari 2024.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM34.2 bilion dan RM22.0 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA