fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun berlaku peningkatan dalam niaga hadapan emas Comex.

Dilaporkan harga emas Comex melonjak, dirangsang oleh hasil bon yang rendah, sementara pelabur menunggu laporan pekerjaan Amerika Syarikat yang mungkin mempengaruhi unjuran mesyuarat dasar Rizab Persekutuan minggu depan.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2023 susut kepada US$2,039.40 setiap auns troy daripada US$2,080.80 setiap auns troy pada Selasa, manakala Januari 2024 turun kepada US$2,048.30 setiap auns troy daripada US$2,089.70 setiap auns troy sebelum itu.

Kontrak Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya ditutup pada US$2,058.70 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 126 lot daripada 213 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka turun kepada 382 kontrak berbanding 458 kontrak sebelum itu.

Harga emas fizikal berada pada US$2,023.35 setiap auns troy, mengikut London Bullion Market Association pada 5 Disember.-- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN