fb fb fb fb fb

Mohd Irwan dilantik Pengerusi Bank Rakyat

Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dilantik sebagai Pengerusi Bank Rakyat berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dilantik sebagai Pengerusi Bank Rakyat berkuat kuasa hari ini.

Menerusi satu kenyataan, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick memaklumkan pelantikan itu dibuat berdasarkan ciri kepimpinan dan pengalaman luas Datuk Mohd Irwan sebagai Pemangku Pengerusi sejak 1 November 2022.

Katanya, kementerian berkeyakinan penuh terhadap kelayakan, pengalaman dan kredibiliti beliau bagi menggalas amanah serta mendukung misi dan visi bank terutamanya dalam meneruskan sokongan terhadap ekosistem koperasi dan keusahawanan progresif.

Menerusi pengalaman lebih 21 tahun, beliau mampu memimpin pelaksanaan Pelan Perniagaan 2024 dan Pelan Strategik jangka panjang Bank Rakyat.

Sekali gus meletakkan bank pada landasan tepat untuk mencapai prestasi mampan dan menawarkan pengalaman terbaik pelanggan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE