fb fb fb fb fb

Mohamad Ali Iqbal dilantik sebagai Penolong Gabenor BNM

Mohamad Ali Iqbal Abdul Khalid

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Mohamad Ali Iqbal Abdul Khalid sebagai penolong gabenor yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Melalui kenyataan, bank pusat itu memaklumkan, beliau akan bertanggungjawab ke atas Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan serta Jabatan Dasar Pertukaran Asing. 

Beliau memulakan kerjaya di BNM pada 2002 dan telah berkhidmat di pelbagai jabatan termasuk Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Pejabat Gabenor, Jabatan Antarabangsa dan sebagai Ketua Pejabat Perwakilan BNM di New York dan London.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE