fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas dijangka alami aliran lebih tinggi minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan apabila pasaran menilai perkembangan terkini ekonomi global, kata peniaga.

Beliau berkata pelabur sedang memantau dengan teliti petunjuk terkini mengenai kadar faedah global memandangkan data ekonomi yang bercampur baru-baru ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi adalah lebih perlahan berbanding yang dijangkakan sekali gus memberi sokongan kepada pasaran aset selamat.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, kontrak Mei 2024 berkurangan kepada US$2,342.90 setiap auns troy daripada US$2,344.00 setiap auns troy. Kontrak bagi Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup lebih rendah kepada US$2,353.60 setiap auns troy berbanding US$2,354.60 setiap auns troy pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas di pasaran tempatan menyusut kepada 119 lot daripada 168 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 25 kontrak berbanding 85 kontrak pada minggu lepas.

Berdasarkan penetapan pada sebelah petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 30 Mei, harga emas fizikal berada pada US$2,348.55 setiap auns troy.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE