fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bagi minggu dagangan yang baru berakhir ini, bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender repo berbalik dan tender Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini menurun kepada RM28.54 bilion daripada RM29.13 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai jatuh kepada RM22.42 bilion berbanding RM23.41 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 30 Mei.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE