fb fb fb fb fb

MITI komited pastikan rantaian bekalan industri nasional terjamin

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited memastikan rantaian bekalan industri nasional kekal berdaya tahan dan terjamin.

Kenyataan MITI memaklumkan terdapat keperluan untuk mewujudkan langkah-langkah pencegahan bagi menghadapi kemungkinan gangguan rantaian bekalan.

Justeru, MITI akan membangunkan platform yang berupaya meningkatkan kebolehkesanan untuk membina rantaian bekalan industri Malaysia yang berdaya tahan.

Platform sama juga membolehkan capaian berpusat kepada garis panduan, peluang pembiayaan dan program sokongan termasuk memperkukuh perkongsian ilmu dalam kalangan pemain industri.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Keenam.

Ia juga hasil maklum balas dari sesi libat urus bersama industri dan penglibatan kerjasama dua hala serta pelbagai hala MITI.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM