fb fb fb fb fb

MITI dan PAKEMA perhalusi justifikasi tambah jumlah kenderaan import terpakai

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA

KUALA LUMPUR, 25 November- Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri, MITI akan bekerjasama dengan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia, PAKEMA dalam memperhalusi justifikasi untuk menaikkan tahap jumlah kenderaan import terpakai.

Menurut menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, justifikasi tersebut juga perlu dibincangkan bersama Kementerian Kewangan berdasarkan data-data terkini yang diperoleh.

"Had 35,000 unit itu dimohon untuk ditingkatkan, contoh 50,000 unit kerana tahap yang ada sekarang sudah lebih 30 tahun dan tidak memberi gambaran apa yang telah berlaku dalam masa tahun ini,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuk permohonan PEKEMA kepada MITI untuk menaikkan kenderaan import terpakai daripada 35,000 unit kepada 50,000 unit setahun.

Menurut Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin, peningkatan kenderaan import tersebut akan memberi faedah kepada industri hiliran dan menambah penjanaan ekonomi melebihi RM2 billion setiap tahun, selain pertumbuhan dalam pasaran kenderaan negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE