fb fb fb fb fb

Keuntungan AEON meningkat

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 November- AEON CO. (M) BHD mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak RM13.8 juta bagi suku ketiga 2023.

Menerusi satu kenyataan, syarikat itu berkata keuntungan meningkat 27 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas, yang mencatatkan RM10.9 juta.

Segmen perkhidmatan pengurusan hartanah syarikat ini menjana pendapatan sebanyak RM166.0 juta bagi suku semasa, menandakan peningkatan 6.5 peratus berbanding dengan yang suku tahun sama, RM155.8 juta.

Pertumbuhan ini disokong oleh kadar pengunjung yang lebih baik dan pembaharuan sewa yang berkesan.

Pengarah Urusannya, Keiji Ono berkata, pelan pengembangan perniagannya dipercepatkan dan strategi model runcit baharu yang inovatif telah menyumbang kepada keuntungan tersebut.

Justeru syarikat ini sedang aktif meneroka pasaran yang masih belum di teroka menerusi memahami keperluan pelanggan yang pelbagai melalui pelbagai format.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE