KUALA LUMPUR, 1 Julai- Pelaksanaan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) akan bersifat neutral dan tidak akan menjejaskan operasi perniagaan serta kedudukan kewangan syarikat.
Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkata pengumuman Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) baru-baru ini adalah susulan keputusan kerajaan untuk meneruskan mekanisme ICPT dari 1 Julai hingga 31 Disember 2024.
Keputusan itu dibuat untuk menangani kos penjanaan tambahan berikutan kenaikan harga bahan api yang digunakan untuk bekalan elektrik dari 1 Januari hingga 30 Jun 2024.
Setakat ini, kerajaan telah berjaya melaksanakan 20 kitaran ICPT sejak mekanisme itu diperkenalkan pada 2015.
Terdahulu, PETRA mengumumkan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2024.
Pengguna komersial dan industri akan mengalami penurunan kadar ICPT sebanyak 1 sen/kilowatt jam dalam tempoh tersebut.
BERITA BERKAITAN: