fb fb fb fb fb

Tarif elektrik kekal, terima reaksi positif masyarakat

Orang awam, Asmadi Mohamed Ismail

KUALA LUMPUR, 1Julai- Tiada kenaikan tarif elektrik untuk pengguna domestik sehingga hujung tahun ini mendapat reaksi positif masyarakat.

Perkara itu merujuk kenyataan yang diumumkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Sabtu lalu.

Rata-rata masyarakat menarik nafas lega susulan tiada kenaikan tarif elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai sehingga 31 Disember ini.

"Alhamdulilah, tiada kenaikan tarif elektrik. Selain itu, kami berharap agar kerajaan dapat membuat sesuatu penambahbaikan untuk rakyat Malaysia," kata Asmadi Mohamed Ismail.

"Harapan saya agar kerajaan lebih menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia sebab kita golongan di peringkat tengah hingga ke bawah, sangat memerlukan sokongan daripada kerajaan," kata Rosnita Buyong.

"Kalau betul elektrik tidak naik, alhamdulilah. Tetapi, pesanan saya dekat pemimpin kerajaan ini, cuba selami perasaan rakyat dengan ekonomi, gaji dan harga barang. Ini semua berkait dengan kelangsungan rakyat," kata Abu Ali Husin Abas.

"Saya harap ia berkekalan. Seperti kita sedia maklum, di sini bukan semua golongan yang senang. Kita bercampur, ada sederhana, susah dan ada juga yang senang. Bukan saya sahaja yang rasa bersyukur malah semua rakyat Malaysia bersyukur dengan pengumuman tersebut," kata Aidil Sukri Ahmad.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM