fb fb fb fb fb

MATRADE yakin capai sasaran eksport lebih RM1.7 trilion tahun 2025

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Mac - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) optimis mampu capai sasaran jumlah eksport lebih RM1.7 trilion menjelang tahun 2025.

Pengerusinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan berkata, angka itu ditetapkan kerajaan susulan prestasi eksport mencecah lebih RM1 trilion bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.

"Jumlah eksport negara turut meningkat hampir lapan peratus bagi dua bulan pertama 2024.

"Pada 2022, jumlah eksport negara bernilai RM1.5 trilion," katanya.

Jumlah itu susut sedikit kepada RM1.46 trilion tahun lepas disebabkan cabaran dan kekangan ekonomi global.

TETITIA YUSOFF