fb fb fb fb fb

Labuan IBFC mahu kekalkan momentum pengurusan wang

LABUAN, 4 Disember - Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mahu mengekalkan momentum vertikalnya untuk tahun mendatang terhadap kedua-dua Insurans Kaptif dan Perbankan Islam.

Pengerusi Eksekutif yang juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Iskandar Mohd Nuli berkata, ia sebagai batu asas memenuhi pengurusan kewangan dan dana di samping memanfaatkan kepakaran dalam perdagangan komoditi.

"Pertama cari pasaran-pasaran baharu untuk memasarkan produk-produk luar pesisir laut yang ada di Labuan dan bekerjasama dengan rakan perniagaan strategik untuk mempromosi Labuan ke peringkat yang lebih tinggi.

"Kita juga akan berkerjasama dengan Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) terutama dari Malaysia..pada masa sama memperkenalkan produk-produk kita di peringkat antarabangsa," katanya ketika pembentangan khas pencapaian Labuan Inc. 2023 di sini.

Labuan IBFC mengukuh kedudukan sebagai pusat kaptif serantau dengan 71-kaptif serta penganjuran Asian Captive Conference 2023 yang menarik 300 peserta global.
 
Selain kejayaan Pusat Aset Digital Islam (IDAC) menembusi pasaran China dan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pusat Kewangan Qatar; memperkuat komitmen kerjasa pertumbuhan dan pembangunan pasaran secara bersama.
 
Pencapaian Labuan Inc. menerima Highly Commended International Captive Domicil pada Anugerah Kaptif Eropah 2023, memaparkan kesediaan IBFC berkembang pada tahun yang akan datang.

GRACE AISYAH KEDAYAN