KUALA LUMPUR, 3 Mei- Kenanga Investment Bank Berhad mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 4.5 hingga lima peratus pada tahun ini, berbanding 3.7 peratus tahun lepas berikutan prestasi pembuatan yang lebih baik pada April ini.
Institusi kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pertumbuhan KDNK pada kadar yang lebih baik apabila data pelarasan musim yang dikeluarkan S&P Global menunjukkan indeks pengurus pembelian meningkat kepada 49 mata pada April.
Ia berbanding 48.4 mata pada Mac lalu.
Peningkatan itu disebabkan oleh permintaan luar yang meningkat dengan ketara menandakan pemulihan pertama dalam tempoh 12 bulan.