fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Mei- Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM29.70 bilion berbanding RM30.43 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam turun kepada RM16.88 bilion daripada RM19.33 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan satu tender repo berbalik dan mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM29.7 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM16.9 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Setakat 2 Mei, 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI