fb fb fb fb fb

Kenaikan IPG, pekebun kecil getah nikmati pendapatan tambahan

Foto Web

KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Pekebun kecil getah bakal menikmati pendapatan tambahan sehingga RM350 sebulan, tahun hadapan.

Insentif itu diperoleh menerusi peningkatan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3.00 sekilogram bawah Belanjawan 2024.

Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Dr Zairossani Mohd Nor berkata kenaikan tersebut bakal memanfaatkan kira-kira 270,000 pekebun kecil seluruh negara.

"Memberi komitmen untuk meningkatkan daripada RM2.70 ke RM3.00. Memang ada cadangan-cadangan lain tapi kita akan lihat dalam waktu terdekat, yang mana lebih sesuai."

"Pada waktu ini, kalau kita lihat dengan keluasan lebih kurang 2 hektar, mereka boleh dapat lebih kurang RM1,900. Ini adalah untuk kategori penoreh dan pemilik," kata Dr Zairossani kepada pemberita selepas pelancaran Hari Padanan Pengkomersilan 2023 anjuran Majlis Getah Malaysia (MRC).

(Foto Hiasan)

Sebelum ini, pekebun kecil mendapat tambahan pendapatan di antara RM200 hingga RM250 sebulan menerusi IPG.

Tambahnya, menerusi sistem RRIMniaga, proses tuntutan insentif dibuat secara automatik dan IPG dibayar terus kepada pekebun kecil pada hujung bulan bagi mengelakkan isu kelewatan bayaran.

Media Baharu