KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi di Malaysia terus mereda kepada 1.9% pada September 2023 berbanding 2% pada bulan sebelumnya.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, keadaan itu didorong kenaikan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel sebanyak 4.4% manakala makanan dan minuman bukan alkohol pada 3.9%.
Kenaikan sederhana turut dicatatkan beberapa komponen lain termasuk kumpulan pelbagai barangan dan perkhidmatan, kesihatan, pendidikan serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.
Kenaikan komponen makanan di rumah didorong terutamanya subkumpulan beras, roti dan bijirin lain.
Diikuti subkumpulan daging serta susu, keju dan telur masing-masing meningkat 3.4%.
Sementara itu, inflasi teras kekal pada kadar 2.5%.
Inflasi di Malaysia adalah lebih rendah berbanding Filipina, zon Eropah, Korea Selatan, Vietnam, Amerika Syarikat dan Indonesia.