PETALING JAYA, 10 Julai - MBSB Bank Berhad (MBSB) akan menurunkan Kadar Asas (BR), Kadar Pembiayaan Asas (BFR), dan Kadar Deposit Bertempoh sebanyak 25 mata asas, berkuat kuasa 17 Julai ini.
Penurunan tersebut selaras dengan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.
Menurut kenyataan MBSB, Kadar Asas akan dikurangkan daripada 3.90 peratus kepada 3.65 peratus.
Manakala Kadar Pembiayaan Asas disemak turun daripada 6.75 peratus kepada 6.50 peratus.