fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM33.43 bilion dan RM21.23 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

Ia juga akan mengadakan dua tender Qard melibatkan tender RM600 juta untuk jangka masa tujuh hari dan tender RM500 juta selama 14 hari, serta dua tender repo berbalik yang terdiri daripada tender RM1.5 bilion (31 hari) dan tender RM500 juta (92 hari).

Selain itu, BNM turut mengumum akan menerbitkan tender Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB) bernilai RM2.5 bilion selama 33 hari pada 12 Okt, ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Padal 4 petang, bank pusat akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM32.9 bilion dan RM20.1 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA


(Foto hiasan)

Media Baharu