fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI dibuka tinggi

(Foto Fail)

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pagi ini sejajar dengan prestasi pasaran tunai asas.

Pada pukul 9.33 pagi, Oktober 2023 meningkat 13.5 mata kepada 1,430.0, November 2023 mengukuh 12.5 mata menjadi 1,430.0, Disember 2023 lebih tinggi 12.0 mata kepada 1,430.02.0 dan Mac 2023 peroleh 11.5 mata kepada 1,418.0.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing 1,798 lot dan 40,819 kontrak.

FBM KLCI menokok 6.60 mata kepada 1,423.86 daripada 1,417.26 penutup Isnin.- BERNAMA


(Foto Fail)

Media Baharu