fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil disokong operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM39.15 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.43 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat menawarkan dua tender Qard masing-masing bernilai RM400 juta untuk tujuh hari dan RM500 juta bagi 14 hari, serta dua tender repo berbalik iaitu RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM500 juta selama 94 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta komoditi bercagar Murabahah bagi tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM40.7 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM18.5 bilion. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA