fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

BNM

KUALA LUMPUR, 30 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM31.89 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM32.99 bilion.

Pada hari ini, BNM akan melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion, masing-masing selama tujuh hari dan 14 hari serta dua tender Qard yang merangkumi tender RM300 juta selama tujuh hari dan tender RM1 bilion bagi tempoh 14 hari.

BNM juga akan turut menawarkan tender repo terbalik bernilai RM1 bilion selama 30 hari dan tender repo berbalik Islam RM700 juta selama 91 hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh sebulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM30.9 bilion dan RM32.4 bilion bagi tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA