fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka stabil minggu depan berikutan operasi BNM

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Sepanjang minggu ini, bank pusat dalam operasi hariannya menawarkan tender repo berbalik, tender repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM17.0 bilion daripada RM26.8 bilion pada Jumaat lepas.

Dalam sistem kewangan Islam, lebihan mudah tunai menokok kepada RM30.4 bilion daripada RM28.2 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 24 Julai, 2025. - BERNAMA

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE