fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 16 Julai - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM12.36 bilion dalam pasaran konvensional dan RM31.47 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) akan melaksanakan satu tender repo berbalik hari ini merangkumi RM3.2 bilion untuk tempoh tujuh hari dan satu tender repo berbalik semalaman sebanyak RM8.0 bilion untuk tempoh sehari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM dijadual melaksanakan sehingga RM23.6 bilion melalui tender semalaman konvensional dan tender lelongan semalaman Murabahah sehingga RM31.5 bilion. -BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM