fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 20 Februari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM29.58 bilion dalam sistem konvensional dan RM25.98 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari.

Selain itu, ia akan turut melaksanakan dua tender Qard bernilai RM1.4 bilion untuk tujuh hari dan RM200 juta untuk 14 hari.

BNM akan turut menjalankan tender repo berbalik bernilai RM1 bilion untuk 29 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.6 bilion dan RM24.4 bilion bagi tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE