fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Khamis, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM33.12 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam pada RM23.05 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan melaksanakan tender repo berbalik bernilai RM1.70 bilion selama 32 hari.

BNM juga telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh masing-masing satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM34.8 bilion dan RM23 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI