fb fb fb fb fb

JP Morgan naikkan penarafan Malaysia kepada 'neutral'

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 11 Julai-JP Morgan bertindak menyemak naik penarafan terhadap Malaysia daripada ‘underweight’ kepada ‘neutral’ selepas hampir enam tahun .

Prestasi itu didorong pembaharuan dasar-dasar negara, pelaburan pusat data serta pembangunan infrastruktur.

Menurut Ketua Strategi Ekuiti JP Morgan bagi Asia Pasifik, Rajiv Batra, Malaysia menunjukkan tahap kemajuan memberangsangkan dengan mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 4.2% pada suku pertama tahun ini.

Menerusi wawancara bersama CNBC, jelasnya prestasi ekonomi positif ini memerlukan penilaian semula dan kredit harus diberikan kepada Malaysia.

Kerajaan Malaysia turut mengambil langkah berani melalui pengurangan subsidi, yang akan disalurkan semula kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Komitmen terhadap usaha penyatuan fiskal masih kekal, tanpa mengabaikan sasaran pertumbuhan ekonomi.

Perubahan persepsi dalam kalangan pelabur antarabangsa juga jelas, dibuktikan menerusi aliran kemasukan pelabur asing pada suku kedua tahun mencecah AS$200 juta dolar.

Gabungan pertumbuhan ekonomi, pelaksanaan dasar berkesan dan tadbir urus lebih baik, menjadikan Malaysia destinasi pelaburan yang menarik untuk pelabur asing.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD