fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat itu mengendalikan operasi harian dengan menjalankan tender repo berbalik dan repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM28.50 bilion daripada RM34.2 bilion pada akhir minggu sebelum itu.

Dalam sistem Islam, mudah tunai menurun kepada RM27.20 bilion daripada RM24.3 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah 3.00 peratus pada 29 Mei, 2025.- BERNAMA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM