fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 24 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM29.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.98 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM1 bilion untuk 91 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM30.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM16.2 bilion.

Menurut bank pusat, pihaknya berhak untuk menolak bidaan bank untuk tender semalaman jika kedudukan mudah tunai tidak dilaporkan sebelum 4.00 petang.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE