fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi pada sesi dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 24 April- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.

Pada pukul 9.40 pagi, kontrak bulan semasa April 2024 menambah 5.0 mata kepada 1,565.0, Mei 2024 naik 5.5 mata kepada 1,567.0, Jun 2024 meningkat 8.5 mata kepada 1,569.0 dan September 2024 menokok 6.0 mata kepada 1,556.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,881 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 49,690 kontrak.

Pada pukul 9.46 pagi, FBM KLCI meningkat 4.17 mata kepada 1,565.81 daripada 1,561.64 pada Selasa. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA