fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek diunjur stabil dengan operasi BNM

BNM

KUALA LUMPUR, 27 November- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM37.82 bilion dan RM29.45 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM700 juta bertempoh 14 hari.

BNM turut mengendalikan dua tender repo rizab, terdiri daripada tender RM1.5 bilion (30 hari) dan tender RM500 juta (92 hari) serta tender Qard RM500 juta (tujuh hari).

Selain itu, ia akan mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat dijangka menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM38.1 bilion dan tender semalaman murabahah sebanyak RM28.9 bilion. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA