fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Foto fail/RTM

KUALA LUMPUR, 19 Disember -Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional jatuh kepada RM36.80 bilion daripada RM39.25 bilion yang dicatatkan pada sebelah pagi, manakala kecairan dalam dana Islam meningkat kepada RM22.20 bilion daripada RM20.61 bilion.

Terdahulu, bank pusat itu turut mengeluarkan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam (SBBA).

Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM36.8 bilion dan tender pasaran wang murabahah berjumlah RM22.2 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.

Tender semalaman murabahah telah disemak semula daripada RM20.8 bilion kepada RM22.2 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 18 Dis 2025. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF