KUALA LUMPUR, 17 Disember - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM32.90 bilion daripada RM34.42 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM21.20 bilion daripada RM20.70 bilion.
Terdahulu, bank pusat itu mengeluarkan tiga tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM32.90 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM21.20 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 16 Dis 2025. -BERNAMA