fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 12 September- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Khamis susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kedudukan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM25.40 bilion daripada RM19.60 bilion pada sebelah pagi, manakala dana Islam menokok kepada RM23.80 bilion daripada RM23.63 bilion .

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik, satu tender repo berbalik semalaman dan satu tender repo berbalik Islam (SBBA).

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

BNM menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM23.7 bilion kepada RM23.8 bilion.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM25.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM23.80 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.

Setakat 11 Sept, 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN