fb fb fb fb fb

Johor penyumbang terbesar sektor pertanian

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup

KLUANG, 12 September - Johor menjadi penyumbang terbesar sektor pertanian dalam negara dengan RM17.21 billion Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) direkodkan pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sektor tersebut menyumbang sebanyak 11.6 peratus kepada keseluruhan KDNK Johor.

Subsektor tanaman menjadi penyumbang terbesar iaitu 67.88 peratus diikuti subsektor ternakan 25.36 peratus dan subsektor perikanan 6.59 peratus.

"Daripada itu kita boleh lihat Johor merupakan negeri penyumbang terbesar dalam negara kepada sektor pertanian, maka kita nampak bahawa banyak pencapaian Johor yang sangat membanggakan dan kita lihat kita boleh lagi meningkatkan banyak lagi potensi yang ada di Johor ini," kata Arthur.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Sesi Libat Urus Bersama-sama Warga Peladang, Penternak dan Nelayan Daerah Kluang, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan sokongan kepada kerajaan Johor dalam usaha memperkasakan agenda agromakanan.

TETITIA YUSOFF