fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 26 Disember- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun sedikit kepada RM43.13 bilion daripada RM43.51 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM23.91 bilion daripada RM25.97 bilion.

Terdahulu, bank pusat itu menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik, satu tender Qard dan Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI).

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan komoditi Murabahah bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM mengendalikan tender pasaran wang konvensional RM43.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM23.90 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada tiga peratus pada 22 Disember.- BERNAMA

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM