fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Mei- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM30.08 bilion daripada RM28.75 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM19.04 bilion daripada RM22.95 bilion sebelumnya.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

BNM menyemak semula tender wang semalaman konvensional kepada RM30.1 bilion daripada RM28.8 bilion.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM30.10 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM19.00 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 29 Mei, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.00 peratus.-- BERNAMA

TAG: Pasaran Wang, tutup, mudah tunai, BNM, kadar antara bank, MYOR-i

ROSLINA BINTI DIN