fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi pada tengah hari

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Mei- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pada tengah hari ini.

Pada rehat tengah hari, kontrak bulan semasa Mei 2024 naik 1.5 mata kepada 1,610.5, Jun 2024 meningkat 3.5 mata kepada 1,612.0, September 2024 menambah 2.0 mata kepada 1,600.5 dan Disember 2024 naik 3.0 mata kepada 1,607.5.

Jumlah dagangan sebanyak 15,513 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 73,283 kontrak.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FBM KLCI meningkat 2.40 mata kepada 1,607.75 daripada 1,605.35 pada Rabu.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM